Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

Demam Denggi

Baru ada kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa pada semua. Memang tertangguh-tangguh nak update sebab memamg malang itu tak berbau..
Half fortnight ago and whole last week i was on mc for dengue fever. Memang sampai kena admit la..at first ingatkan demam biasa, demam urat la konon sebab petang tu pegi mengurut kat tukang urut fave aku. Malam tu balik beli barang-barang dapur singgah farmasi sebab the whole body mmg gatal sangat-sangat, berhari-hari pulak tu. Lepas makan ubat gatal tu la terus collapse. Memang ingatkan sebab ubat gatal la, sebab demam urat la..tau-tau lepas amek darah, confirm denggi.
Apa lagi, sempat jugak la menginap kat wad barang 3 malam..huhuhuu..sian anak-anak kat rumah. Dalam hati ni mmg rasa nak lari je dr hospital tu. Sehari mau 6-7 kali amek darah..sampai ari ni lebam bekas amek darah tu tak hilang lg.
Rupanya denggi ni menyakitkan..masa demam tu mmg la sakit badan urat sendi bagai, dah abis demam tu sakit gak lg. Abis pedih kulit aku ni kalau lepas mandi nak lap macam lap kulit baby dah rasanya. kena buat pelan-pelan..kalo tak mmg sangat la pedihnya. fuhh..selama ni dengar je orang demam denggi, ni dah kena sendiri. Kalu tengok nyamuk pun memang penuh dengan dendam kesumat.
Maka itu, sempat la jugak aku tak puasa sehari kat wad tu...
Tapi yang paling best, boleh lak aku gi duduk kat hospital tubawak baju selai jer..apa lagi, walau pun tangan ni ada drip air tu, aku tetap berjalan keluar tepi wad aku gi shopping baju. heheheh..apa ada hal..bosan giler duduk dalam wad, suasana dull jer..memang bila rasa nak makan, minum lain sikit aku gi beli terus kat kantin dia, kat 24hour shop dia tu..janji dapat amek angin luar! hahhahahah

Sunday, 9 June 2013

Back to work

Hmm..macam takde idea, apa nak diceritakan lepas sikit punya lama bercuti. Actually dah habis period holiday! 3 monts is over. Now dah masuk kerja since hari kamis last week. Aduhhh..bohsannyer nak keja. Kalau dah kaya raya, dapat duduk rumah jer kan best? Berangan jer la.. Blog ni pun dah bersawang nak tunggu di update. Sebabnya akak ni balik kampung, seronok..sebulan tu kejanya cari makan je la..maklum la kalau tak cuti bersalin, mau nya dapat balik kampung lama-lama? sampai rasa nak pindah kat kampung terus pun ada. Duduk kat kampung mana ada masa nak update blog ni, jalan-jalan, makan-makan lagi best. rumah abah aku tu setiap masa ketika ada orang datang. setiap malam ada je tetamu..alhamdulilah, tetamu tu klan bawak rezeki. Btw, yang tak syoknya, bila nakbalik sini punyalah penat. Jalan jam macam orang balik raya! Just imagine aku terpaksa duduk dengan kaki atas seat sbb space utk kaki dlm kereta tu dah diisi dengan tong ais, aku beli ikan kat Kuala Kemaman. heheheh..puas hati makan ikan fresh. 
Nak cerita apa lagi ek? yesssss!! i'm back to work with uncertain feeling. keja nak tapi malas, duduk rumah pun nak, tapi bosan pulak. And dah masuk keja tu, blur-blur gak nak buat keja, seronok sgt cuti sampai tak ingat ofis langsung! hahahhaahh

Wednesday, 24 April 2013

Hadiah dari hospital

Dah lewat ni tp boleh lak berblogging lg..hubby baru je kuar gi outstation ke JB, so tunggu dia dulu lah satni, biar dia berlepas keluar dulu, takkan nak tidur pulak kot. Anak-anak of coz la semua dah lena. Ni nak citer pasal kat hospital masa bersalin hari tu. Aku ni bersalin ke lima-lima orang anak semua kat government hospital. 3 kat Terengganu n 2 kat HTAR Klang. Kalo dulu aku selalu dengar orang komen macam-macam kalu bersalin kat gomen ni, tp alhamdulillah aku nyer experience ngan 5 orang anak ni takder la seteruk yang macam orang dok kata tu. Maybe aku pun tak banyak songeh kot..tp lama-lama dah banyak kali banyak pandai la kau macam mana nak handle situation kalu2 ada nurse yang agak kurang sikit adabnya. tp so far aku dapat nurse semua ok jer. Maybe yg tak ok tu dulu2 je kot. Meleret-leret plak aku ni bermukadimah. Tapi tu lah aku nak bagitau, lepas bersalin hospital ni ada bg satu gift bag, dulu pun ada tp isi dia pampers je la kot. Skrg ni dah improve, aku agak kalu yg bersalin kat private tu lagi gempak la kot, tp yg ni gomen hospital aku rasa quite ok jugak gift dia, selain diapers (Pet Pet), dia ada pack dettol, pack Baby Johnsson, Insurance coverage (tu kalau korang signup la) then paling best, voucher slim world! hamboii hoverrr sangat! mentang2 la dah mengandung lama 9 bulan tu mesti la badan pun tak semenawan erra fazira kan? so dia bagi la ko 2 voucher worth rm200 to go to Slim World tu. Hamik kao...awal2 lagi dah concern, hospital pun suh ko jadi slim. Actually ada lg kot few items dlm gift bag dia tu tp aku dah lupa la..urat banyak sgt putus time deliver tu. hahahahha!!!
Ok lah, ni la voucher slim world tu tp ntah bila aku ni akan pergi sbb baby takde orang nak jaga..huhuhu (nangis dalam hati) dan sesungguhnya aku berjanji, kalu aku pegi dan dipromote suh signup terus ngan dia, jgn harap la mereka akan berjaya. Akan ku tepis semahu-mahunya. Cukup aku puasa nanti mau 5-6kg lagi berat aku turun. Oklah, dah berpianr-pinar mata aku ni, nak tido la..cau cin cauuuu






SAKIT HATI!!!

Dah lama tak berblog, sampai lappy ni pun dah berabuk. Oh, btw, ari ni aku dah 45 ari, dah merdeka pantang..yeehuu! Tp takder apa yg special sgt pun sbb blm habis pantang lg pun dah macam abis dah, yelah duduk sendiri semua kena urus sendiri..dah anak ramai kot..
Hah, back to story tak puas ati nih, eh, sakit ati la..camni kisah dia, Dah dlm pantang ni, nak bergerak mmg susah la sket, hubby keja xkan nak melayan kita je doplohpat jam kan. So akak ni duk diam2 baby tido rajin la window online shopping. Ada la a few things yg aku ni beli. Tp ada satu ni, aku beli blouse jer..dia nyer gambo meletops-letops kat fb tu, aku nengok kawan aku "like" page dia so aku usha la tengok. hmm..ok gak baju2 dia..murah2 lak tu. So aku try la satu baju peplum..maklumla sebelum ni org dok pakai aku tgh pregnant, masa pregnant tu mmg payah la sket aku nak membeli sbb gi kedai pun aku tak minat..maybe penangan anak boy kot. :) Then, pilih nyer pilih, aku beli la satu..murah je, sekali ngan delivery aku rasa dlm rm35 je kot. Masa dok PM dlm fb tu bab2 tanya harga size confirm order tu semua, berdesup la admin dia jwb, so aku ok jer la..dia kata within 5-7days barang akan sampai. ok lagi..tunggu je la..akak ni kan penyabar..tup2 dah ari ke 8 barang tak sampai2. aku call la budak tu, sekali dia jawab barang bukan dgn dia, kawan dia yg kat JB yg orderkan..dia sms kawan dia dari smlm tak reply2 lagi. aku hangin la satu badan. aku tanya balik, dah sms kawan u tak reply tak reti nak call ke? susah sgt ke nak call? u buat biz mcmana ni? kalau macam ni i nak refund la balik. U olls tau dia jwab apa..sorry refund tak dapat. Aku tanya balik apsal tak dapat? bukan salah i, u yg lambat. Then baru dia cakap barang tu dari China, kawan dia order nanti barang akan sampai ari jumaat. Tu dia....ORANG BISNES KO NAK BISNES, TP HAMPEH!! Ok Lh, dah dia cakap gitu, aku fine je..aku tunggu lg..So altogether aku start deal ngan dia 12hb, baju tu baru sampai ari ni 24hb. Tp sblm tu dia ada sms aku tanya kalau nak refund ke nak tunggu baju tu? Aku jawab aku tunggu je la..dah alang2 mmg dah lama pun aku tunggu, takkan sehari dua lg aku takleh tunggu, bkn penting sgt pun. TAAAPIII.......hari ni baju tu dah sampai, lg sakit hati aku! baju tu base calor dia putih, bunga hitam. kat tempat warna putih tu la ada dot dot warna coklat apa tah..then benang kat lengan baju tu berjurai-jurai..hai hangin satu badan. mmg corak je la sama ngan dalam gambo tp kualiti mmg hancuss! aku tau harga murah ko nak expect kualiti yg macam mana kan? tp patutnya aku dah expect from the very beginning, bila servis dia dah out maknanya barang dia pun hancus la. Tp aku rasa kalu dia check dulu baju tu sblm deliver aku tak rasa ada masalah kot. takkan selai tu je baju yg dia order dr China? takkan takleh replace dgn yg lain. Benang tu ko bolehla potong dulu sblm deliver kat aku, at least bg good impression sket sbb dr awal ko mmg dah hancur ngan biz ko. Kalo kat fb tu beratus gambo2 baju yg dia post ari2. kunun biz kencang la tu..tp hampeh. Aku pun apalagi, pm dia balik la kat fb tu dgn komen2 bernas aku ni. Lps ni aku post kat wall dia pulak betapa servis dia is very bad! oh ya, nama company tu, FZ FASHION. Then, td lg best, budak tu cakap kwn dia dr JB akan poskan, tp add pd parcel poslaju tu cuma kat CHERAS je..menipu banyak..dahla kalu aku pm tu lambat je nak jawab..aku tanya pasal baju yg tak antar lg tu, dia cakap nak check, smpai esok lak aku tunggu xder update langsung. So pada sesiapa yg rasa nak membeli ngan diorang ni, aku rasa tak payah la..buang masa korang jer


Ni lah baju yg aku beli tu tp mmg sangat sangat tak memuas kan hati

Tuesday, 9 April 2013

About Me

Haiii

Jom kita berkenalan dulu.
 Nama saya..hahah, asal nak berkenalan tu jerlah ayat nya yer? nak buat camna? saya skema je..nak apakai ayat camna lg??
k lah, saya Syarifah Layuza, dah tua pun tahun ni..baru jer lps dicelebratekan birthday by friends n family 7hb ari tu. dah la tu, time dalam pantang lak tu. apa2 pun, tq uollss sbb ingat lg kat aku ni. aku je yg tak berapa nak ingat birthday sendiri. huuhuu..

   

 Saya ni ibu kepada 5 orang anak. Sbb tu la sajer je letak nama blog ni mummy vogue, sbb org lain sebaya aku ni mugkin anak baru 2 or 3 tp aku dah lama u..tu la penagan kawen muda. umo 20 dah dirembat da by en husband, nama dia Alie.
So until now, dah 14 tahun la kitorang ni kawen. Banyak tol ups and downs dalam hidup kitorang ni, tp alhamdulillah..bertahan sampai arini..



 Ok, anak sulung aku dah form 1 tahun ni. Saykir Arham namanya. sblm baby ni lahir, tu jer la sorang one and only anak lelaki aku. manja pun yer jugak..mengalahkan adik2 pompuan dia yg lain.

   

 anak2 aku ni, jenis diorang kalu tgk kita bz time tu la dia akan datang bercerita bercakap mcm2 ngan kita. pastu org tak layan diaorang marah. dah mak kau ni tgh bz, nak layan camner lg kan..kadang aku tgh mandi pun datang ketuk pintu bilik air nak bgtau mcm2..mcm la aku ni nak tidur kat dlm bilik air tu. then, 4 years later comes another baby girl, Akmal Alyana.


   

 Yang ni anak no 3, lglah kusss semangat mak ni dibuatnya.
 Hobi lain xder, melalak je kejanya. xtau dah nak buat macamna. bercakap salah sikit menagis, tanya sikit, menangis, kakak abang gurau sikit menangis..letih aku! now dah 5 taun.tp makin besar makin kuat lak melalak nya. xtau dah aki nak buat camana. 

 Kemudian 4 tahun lg, there arrive another baby girl in my family. Yang ni nama dia Maryam Nuha, baru je 1 tahun 4 bulan. yg ni pun kuss semangat tp xder la mcm kakak dia td tu. kus semangat yg ni sbb kuat sgt makan, n makan apa sahaja. 
Anak2 aku yg lain semua kurus2, sbb makan memilih then x pemakan sgt tp dpt yg ni, alhamdulillah...termakbul doa aku nak ada sorang anak yg gemuk sikit. so senang la kalau bawak dia ni gi mana2 sbb senang nak bg makan. hahahah

   

 Lps tu, bila si Yam ni umur 6 bulan aku pregnant lg..aduhai..yg ni mmg betul2 xder dlm rancangan..tp dah rezeki, takkan nak buang kan? so 10.3.2013 lahirla seorang lg baby boy dlm rumah aku ni, Nuh Miqhail yg genapla usia dia sebulan ari ni. ptg ni nak pegi jap dia sebulan pulak. karakter? x tau la lg camna kan...

 Ok la..tahts all for now, gambar baby belum lg ada kat sini..later la aku kenalkan dia pulak ekk..

.bubuii..