Sunday 30 June 2013

Kek Raya la pulakkk

Tahun ni rasa macam nak cuba nasib amek tempahan kek untuk raya. Tengah fikir-fikir kalau nak buat tester dulu. Masa? Kalau ikutkan sentiasa tak cukup tapi dah minat, memang la akan diadakan masa tu. Lagipun seronok buat kek ni, baking with passion resulted a to a good cake. chewwahhh..memandai jer..Dalam kepala ni ikutkan nak buat macam-macam..tapi withhold dulu..banyak-banyak karang tak sempat pulokk..heheh

So to happen, in case this little blog has readers, kalau rasa-rasa cam nak makan kek coklat cheese during raya ni, pls feel free to leave me a message in tis blog or whatsapp me at tis no 019-3916916. Pada yang duduk area Shah Alam or KL je la yer..yang kat luar sana tu, kalu nak dipos nanti tak padan pulak kan?

Nak tau camner rupa coklat cheese kek? 

Pic from google

Malang Tak Berbau

Salam Isnin semua..
Mesti ada yang feeling Monday Blues kan? Aku lak feeling tired..kalau nak kira cukup rehat ke tak during weekend tu mmg tak pernah cukup la..banyak kerja, yang tak pernah abis. Kain baju tak pernah surut, makan minum nak kena buat. fuh..anak 5 beb, banyak perut nak kena isi. So cam biasa, kalau weekend  mcm2 menu dok berlegar kat benak ni. 
Let's start a story with Saturday. Pagi-pagi tu dah bangun masak nasi lemak with a ready made delicious sambal given by BFF Ida. So mudah kerja. Tapi semua kena hurry coz nak pegi rumah ida ambik kain n jenguk anak dia sekali. That's why i name tis entry "malang tak berbau". 

See? ni lah anak ida, agak gerun tengok belakang kepala dia ni. They are twin, n tis is adik. Tau apa jadi? Dinding yang separate ruang dalam rumah dia tu dah jatuh kena si adik ni. My god, when i received tis news, aku sendiri yg jadi tak keruan. Can't imagine kalau yg kena tu anak aku. Well, am a mother, kalau yang kena tu anak orang tu aku always feel mcamana la kalu yang kena tu anak aku sendiri..menggigil kepala lutut aku nih. She's ok je masa aku gi tengok adik ni..seorang yang sangat kuat semangat. Sebab according tu Ida, masa kena tu darah penuh merecik dalam rumah, boleh nampak isi dalam kepala tu. ida n bibik dia meraung-raung, kakak n abang menangis meraung jugak tapi adik ni sikit pun tak menangis. Aku pulak yang meremang bulu roma bila dengar citer Ida ni. Gambar muka sebelah depan dia takde, tapi muka dia habis bengkak n mata dia lebam bengkak biru abis. Masa kejadian, memang Ida n Isk bajet tis is time la..maybe anak dia tak lama dah hidup, isk siap call mak dia suruh datang sebab maybe tis is the last time for them to see adik ni. Aku lak time ni dengar citer dah bergenang air mata..feeling sad beb! Tapi doktor cakap its a miracle, dah buat x ray, ct scan semua ok. alhamdulillah..aku harap dia akan ok lagi for all time to come. Isk ada bgtau aku, dia paling ralat sebab cik li aku dah bagitau dia suruh buang dinding tu sebab aku sendiri masa dok bersandar kat dinding tu, memang bergerak nak jatuh, tinggal lagi aku ni sempat tahan n my god, dinding tu berat sangat. Ida sendiri tak larat nak angkat masa hempap anak dia tu.
After that, aku berangkut ngan semua anak-anak pergi KL, amek cik li n pegi amek balance kain kitorang lagi 10 pasang. hamekkk..giler lak duduk situ, sebab banyak kain baru sampai. huhuu..kalau la...kalau..mmg aku nak sambar sangat buat baju sendiri tp sabar yer..kain tu untuk aku n ida nyer projek. huhuu..
N, sunday comes. it all went as usual, chores and such!

Thursday 27 June 2013

Nuh

Nuh Miqhail my baby dah pandai meniarap! huhuhuu...jap je dia boleh duduk diam pastu mesti berpusing-pusing cam gasing. Letak arah north, karang tengok dah duduk south. Tapi dah nak masuk 4 bulan ni aku rasa Nuh ni la baby aku yang paling cool...Nuh ialah seorang baby yang redho jer..ye lah cam sedar diri jer kan..dia baby last (setakat ni la..) tp paling pandai bawak diri. Diam je main kira-kira (pakai jari dia cam tgh mengira) sorang-sorang, pastu ngantuk dia tido. kalau dia boring dia bunyi la sikit, tak pun adik beradik dia datang layan dia jap, dia gelak. Pastu penat dia tido. Tu je la aktiviti dia. Nak susu dia nangis la sikit. 
Tapi ini baby la dia punya perut manyak tadak hal (aku harap berterusan la). Ada satu hari tu cik li aku tersalah bancuh susu kakak bagi dia..omak aiiiii nak pitam aku dengar. Aku paling tensi kalau si anak nih duk nangis tak leh tidur sebab kembung. Tapi dia ilekkk jer..fuh lega!
Baby sitter aku pun siap puji-puji lagi, senang giler nak jaga Nuh aku yg sorang ni. Hari-hari amek dia kat umah baby sitter tu hari-hari gak Kak Dilah (KD) tu puji..kembang kempis lak idung mak dia yer..ttuii. hahahahah.
Tapi tu lah..sampai saat ni mcm tu gak lagi dia, tp tak tau la kot2 dah berubah bulan dah membesar sikit lagi esok dia meragam pulok. Mama doakan dia sentiasa ok dan dilimpahai rahmat selalu..so takdelah nak buat perangai sangat. Aminnn...

Current Issues

Hah amek kau..sekali aku dah on air (ceh perasan artis la sgt!!) berduyun entry aku masukkan. Time ni bukanlah aku free tahap gaban, tapi sambil menyelam minum air...dok gitu? 
First of all, aku nak citer kesusahan aku. susah? mak aiii..hoverr aku yer..kalu laki aku baca ni mau dimarahnya aku! tapi baca la dulu susah jenis apa..heheheh 
Aku susah sangat sekarang sbb aku suka ambik gambar. Pakai camera ke pakai hp ke tak kisah la, tapi asal dapat amek gambar. Tapi masalahnya................................kamera kat hp aku rosak! dah hp zaman hang tuah dulu, punya la susah aku nak bergambo..keja nak bergaya je..bajet rettiiss sgt! muahahah. Masa tu ada ke boleh tebako cam tu @ short circuit kat hp tu. giler panas kat punggung aku sbb aku simpan hp dlm poket belakang seluar, hamek! padan muka aku! eh, ada kena ngena ke ngan topic aku nak citer bab current issues ni..hahahahah. So, pendek citer kalo aku bersendiri gitu, mmg takleh amek gambo la..kalu aku ngan cik li, hubby aku barulah aku kerjakan cam dia habis-habisan..giler ko..dlm cam dia penuh ngan gambo aku je..hahahha..sorry u..selagi tak dapat baru, selagi tu la cam u i kerjakan ekk. 
Pastu ada lg..cam adik beradik aku..ku yang n ku khyra..time aku balik kg ari tu, ada jer gambo yg aku wassap kat cik li, tp of coz la cam hp adik2 aku yg jd mangsa..tak kijam la sgt, tolong menolong adik beradik kan namanya. N one more not to left out, my partner cum BFF ida, apa yang dia amek gambo, mana aku share kat blog ni actually dia dah share dah kat blog dia dulu, kira aku share balik 2 in 1 la jadinya. mesti korang pikir, sanggup ko ekk? omak sanggup uollss. So, jadila blog aku ni yg agak2 pictureless ya. Aku berangan nak cam EOS yg beso tuh sbb aku tau cik li blh je layan aku yg giler gak la bergambo, cuma compared tu ku yang n ku khyra (silings) tak la segila diorang. Diorang byk cam extra..hahahha

 ni guna cam cik li..nasib la papa, nak buat caner..anak-anak pun dah ngikut omak ehh..

Lagi current issue, haze. Everywhere people talk, write, suffer with haze. aku kategori mana? blur jap..annoying, sbb baju yang aku jemur semua bau asap! benci, especially aku nyer downy perfume tu dah abis pastu tak ingat nak beli. Anak-anak aku best giler sbb haze ni, diorang duduk rumah je, tak yah sekolah..aku tension jer..sebab omak eh pun kalau boleh tanak keja jugak..tapi yg ni mmg tak berdaya la nak lawan lebey2 tau..

lagi? ada lagi... aku now really really into biz! wallah..kellas ko ja..bkn jah ye. Kat kg nama manja aku Ja. huhuhu..ko namakan apa yg aku tak biz skrg? semua ada..cuma tak jual anak ngan jual diri jer...kalo haze tu benda yg elok, particles dia tu good for our health dah lama aku promote suh korang semua datang shah alam menghirup udara haze yg sssggtt la elok tu. .kuang kuang kuang

N one more thing, oleh kerana aku sgt in la into biz ni, ada satu projek nak promote diri aku next week. hahahah..kalo ada rezeki akak, ada la yer..nak tau? tungggu tauuu xoxo



Wednesday 26 June 2013

Biz Raya

Banyak benda dalam kepala aku ni. Nak fikir, nak hias, nak konsep, nak promote, macam-macam ada. Aku dok imagine kepala hotak ni kalau boleh describe camana rupanya, dia dah jadi cam globe tu. Tau globe? Bukan globe kat jalan TAR shopping complex tu yer..kalo tak tau google ek? globe yang diputar ligat. badan satu tangan ada dua tapi semua nak buat, heheh..

Puasa dah nak dekat, sana sini orang dah display kuih-kuih raya, tester biskut raya, baju raya, kereta raya and the list goes on...apa saja la yang baru dlm sebulan dua ni boleh dibuat raya..hheheh. 

Aku? well...hmmm...now tengah work on a project ngan my BFF ida of ida_homelicious . fuyooo..cam besar je bunyi tu kan? tak..tak besar pun, small time biz starting as a small time entrepreneur. Tapi later-later kalo jadi besar pun apa salahnya kan? kan? Nak tau projek apa..tungguuu..tak lama lagi aku bgtau. kalu boleh bukan setakat bagitau, kita on sale terus!

Apam polka dot

Hati meronta-ronta nak update blog ni, tapi apakan daya terlalu banyak halangannya..
ceh, macam orang bercinta nak ada halangan bagai kannn..tapi yup, its a fact, i am too busy with lotsa things need to be settled and how i always wish this very eyes of mine very understanding, takde lah mengantuk sangat. huuiihhh..penat!
Hmm..tis entry dengan tajuknya mesti my dear readers (eh, ada readers ka? :p) dah dapat agak kan? am kind of very straight person, tak reti nak buat tajuk tu kias-kias. cakap pun straight menonong jer...kadang dah ter pilukan orang, ter lukakan hati orang, yang tu memang sometimes nak elak tapi terlepas jugak. Sebab aku ni kadang nak bgtau sesuatu tu actually untuk benda baik, atau teguran je..tapi terstraight forward la pulak..hahahahh. Tapi jangan takut..akak bukan jenis makan orang cuma sometimes dia jadi vokal sikit je

Oklah, layan je la gambo ni..







Ini je la bendanya..sometimes kawan-kawan menempah. kalu takde apa-apa hal aku buat je la.. tapi lately aku found out yang aku ni ada passion in baking. Kalau boleh memang aku nak expand lg culinary skill aku. But at the moment aku buat yang terdaya dulu, nak meletups kebaboom tu tunggu la kot-kot boleh dapat cert or dip in baking n culinary. N its always a dream. One more thing, aku tak pandai bila dah buat sesuatu tu nak rekod-rekod resepi kat sini pulak..sebab bila masak main campak je, bila baking resepi always change from one person to another. Anyways, thanks a lot to all cooking bloggers yang sangat rajin merekodkan resepi dalam blog diorang, boleh la aku buat panduan n belajar sama :)



Wednesday 19 June 2013

Projek Baru

Semalam aku cuti, suppose half day je sbb ada projek dengan my BFF, tp awal-awal pagi tu change plan, terpaksa EL. Allisya (2nd daughter) dah siap2 nak g sekolah sakit perut pulak, sikit punya lama dia dalam bilik air tu. Pastu hari ni sakit mata pulak..huhuu..aku pun cuti la sbb sekarang ni tengah patah kaki, takde kereta. Aku takut gak kalau apa-apa hal orang call dari sekolah nanti aku takde kenderaan nak balik.
Okeh, aku ada appointment pasal projek aku dgn BFF aku ni pukul 2.30 actually. On jer la. Ida pickup aku terus kitaorang pergi seksyen 28 n settle kat sana kitorang shoot to Nilai 3 n Nilai 1. Impromptu je tu..mmg takde dalam plan. Tapi aku kalu ngan Ida tu, kalo plan2 sgt takut tak jadi, tp g jalan macam tu pun mmg best, sepanjang jalan tak berenti bercakap..pastu pening! tu jer la kitorang. hehehh 

Inilah yang kitorang dok survey, tapi agak-agak tak puas hati sbb dalam hati ni meronta-ronta nak cari kat kat luar Mesia jugak. ahahah..Ida daling, jangan marah nooo...

Introducing: project manager cum BFF Ida_homelicious

Kitorang melepak dulu kat Ice Room Nilai 1 tu sebelum balik. Actually dah tension ni..apa yang dicari tak dapat-dapat. 

Ida suka sangat la capture2 pic ni..harapkan aku, tak dapek den nak nolong..ek ellehh..buat-buat ayu latewww.

Then after that, kitorang shoot balik shah alam. Dah sampai rumah kol 7.30pm. Tis Friday cuti lagi..ada lagi sambungan projek ngan Ida. Suka suka suka..(baca macam meimei dlm upin ipin)

Lupa nak bagitau, kalu nak tau apa projek kitorang, follow-follow la i selalu ekk..first in Malaysia gitu :)








Father's day

Morninggg!!! hishh..susah betul nak update blog bila dah start kerja ni. Dulu duduk rumah, ok lagi. Ni dah start kerja, balik rumah punyalah banyak kerja rumah pulak..cam tu la kan ister mithali..hehehee..semua kena buat sendiri..(baca: ceh, mcmbaguslasangat) 
Tapi, since father's day pun baru je lepas, aku nak share la ngan reader semua (tu pun kalo ada readers la) aku dah buat saprise kat husband aku ni. Allisya (2nd daughter) lak buat kad. Punya la berpeluh2 nak buatkan kek utk hubby tup2 dia balik keja tu kek pun tak ready lg..huhu..tp sib baik lepas lunch semua tu on Saturday dia tidurkan anak, ngan dia dia sekali tertidur..pheeww..sempat la adun kek tu kejap..then kek dah siap nak buat frosting semua, hubby dah bangun tp dia buat bodo je sbb aku awal2 lg dah cakap kek orang tempah. so, siap2 decor kek sket simpan jap dlm fridge sbb kan konon2 orang order. Then dah settle rilek semua baru kitorang keluarkan kek and hantar kat hubby dalam bilik.."happy father's day!" hmm..saprise la jugak..sikit je pun sbb my hubby tu buat muka bodo je..hmmm..hahhahah. Tapi dia sound gak, kata buat orang order? hahahah Gotcha!

Ha..inilah hasilnya. Red Velvet with Cream Cheese topping. Then tomorrow tu kitorang pegi rumah my BFF add another papa to join celebration. Anyway to both of u..papa ali n papa iskandar, Happy father's day! Be a good father always heh..

Sunday 9 June 2013

Back to work

Hmm..macam takde idea, apa nak diceritakan lepas sikit punya lama bercuti. Actually dah habis period holiday! 3 monts is over. Now dah masuk kerja since hari kamis last week. Aduhhh..bohsannyer nak keja. Kalau dah kaya raya, dapat duduk rumah jer kan best? Berangan jer la.. Blog ni pun dah bersawang nak tunggu di update. Sebabnya akak ni balik kampung, seronok..sebulan tu kejanya cari makan je la..maklum la kalau tak cuti bersalin, mau nya dapat balik kampung lama-lama? sampai rasa nak pindah kat kampung terus pun ada. Duduk kat kampung mana ada masa nak update blog ni, jalan-jalan, makan-makan lagi best. rumah abah aku tu setiap masa ketika ada orang datang. setiap malam ada je tetamu..alhamdulilah, tetamu tu klan bawak rezeki. Btw, yang tak syoknya, bila nakbalik sini punyalah penat. Jalan jam macam orang balik raya! Just imagine aku terpaksa duduk dengan kaki atas seat sbb space utk kaki dlm kereta tu dah diisi dengan tong ais, aku beli ikan kat Kuala Kemaman. heheheh..puas hati makan ikan fresh. 
Nak cerita apa lagi ek? yesssss!! i'm back to work with uncertain feeling. keja nak tapi malas, duduk rumah pun nak, tapi bosan pulak. And dah masuk keja tu, blur-blur gak nak buat keja, seronok sgt cuti sampai tak ingat ofis langsung! hahahhaahh