Friday 26 April 2013

Projek Apam

Jom layan gambar apam yang semalam tak jadi  buat, tak cukup bahan..buatnya pun cukup senang, dah adun semua bahan, biarkan je sampai 3 jam..so dlm waktu tu macam-macam la boleh buat termasuk la tido! hahahah..baby aku ni kalau tengah-tengah malam orang nak tido dia sibuk nak uweekkk..uweekk..kejap-kejap nak bf, penat aku tau. 









yang ni dah masuk tupperware khas untuk adik aku "ku farra". Tapi sampai saat aku dah  buat posting ni, tak datang amek pun lagi..huhuh

Aku pakai kamera yang amat lah dari zaman hitler dolu..so maafkan la gambar-gambar yang nampak tak nampak je lighting dia ni. 


Thursday 25 April 2013

Antara acara masak-masak di D'Perdana Little Kitchen

Ni semua gambar masak-masak kat rumah aku ni, ada yang sesuka hati aku je nak buat, ada yang buat sbb raya, ada yang aku buat sebab nak jamu kawan-kawan makan..enjoy the pics!

Ni semua aku buat masa lepas raya, nak kata open house tak jugak just ajak kawan-kawan  datang makan jer..aku buat nasi kuning(mcm nasi minyak), lontong and ada roti jala kot? 

Roti sandwich tu adik aku kuyangfarraalidrus yang tolong buatkan. Aku dah tak  larat n tak sempat. Mana taknya, aku dah pregnant 7 bulan time tu. Agar-agar je desser aku buat.

Kuih lompang, yang dah siap takde gambar, kamera takde bateri.


Roti paung kata orang Terengganu or roti bun

Apam Polkadot

Yang ni paling lawak, nak try sangat buat kek red velvet tapi nak buat topping tak pandai, last-last jadila RV yang tak jadi. huhuhu. Buah ceri nak hias pun dilangsai dek anak-anak

Masa raya 2012 la ni. Aku order sate jer..yang lain-lain rendang, nasi himpit , kek RV tu aku buat. Ni menu raya pertama, raya ke 2 aku buat nasi minyak n raya ke 3 aku buat laksa kuih putih (terengganu style). Laksa la yang paling laris sbb satu ofis pakat-pakat datang rumah aku ari tu.. tp sayang, gambar lak takda. Next time kita jamu mata ngan laksa pulak.

BRONOK!

Apa tuh? "bronok?" wat in the world is that??? hahhahaa...poyo jer...padahal kuih je, tu nama kuih kalau dia duduk kat Terengganu, dah duduk kat Shah Alam ni nama dia kuih sagu. muahahhaha..Aku pun tak tau tah dari mana la orang Terengganu dapat nama kuih tu, dah aku pun orang sana, sebut je la apa yang tok nenek moyang bagi nama kuih tu, kalo tak kang derhaka namanya..
Citernya pulak actually bukan nak buat kuih ni pun, aku nak buat apam beras sebenarnya, tapi tak cukup bahan pulak la. Suh anak aku Allisya gi kedai, kedai kat rumah aku ni pulak takder tepung beras. Simpan je la hasrat tu..time-time tak keja ni la test skill sekali sekala. Bronok tu aku dah buat baru ni masa birthday aku tp cuma gambar je takda. Tapi takpa lah, laku pulak si bronok ni. Si Maryam pulak suka sangat makan, gigi dia pun 6 batang je, kuih tu lembut, apalagi ngap tak hengat la dia. 



Pastu aku terajin la pulak nak masak for dinner, so, ni la kejadiannya, masak  sambal udang ngan ikan goreng je plus ulam-ulam sikit ngan sambal kicap. That's all. Hmm..ari ni punya penangan samapai tak cukup nasi. Biasa malam kat rumah aku ni jarang orang nak makan, tapi alhamdulillah..rezeki.

Wednesday 24 April 2013

Hadiah dari hospital

Dah lewat ni tp boleh lak berblogging lg..hubby baru je kuar gi outstation ke JB, so tunggu dia dulu lah satni, biar dia berlepas keluar dulu, takkan nak tidur pulak kot. Anak-anak of coz la semua dah lena. Ni nak citer pasal kat hospital masa bersalin hari tu. Aku ni bersalin ke lima-lima orang anak semua kat government hospital. 3 kat Terengganu n 2 kat HTAR Klang. Kalo dulu aku selalu dengar orang komen macam-macam kalu bersalin kat gomen ni, tp alhamdulillah aku nyer experience ngan 5 orang anak ni takder la seteruk yang macam orang dok kata tu. Maybe aku pun tak banyak songeh kot..tp lama-lama dah banyak kali banyak pandai la kau macam mana nak handle situation kalu2 ada nurse yang agak kurang sikit adabnya. tp so far aku dapat nurse semua ok jer. Maybe yg tak ok tu dulu2 je kot. Meleret-leret plak aku ni bermukadimah. Tapi tu lah aku nak bagitau, lepas bersalin hospital ni ada bg satu gift bag, dulu pun ada tp isi dia pampers je la kot. Skrg ni dah improve, aku agak kalu yg bersalin kat private tu lagi gempak la kot, tp yg ni gomen hospital aku rasa quite ok jugak gift dia, selain diapers (Pet Pet), dia ada pack dettol, pack Baby Johnsson, Insurance coverage (tu kalau korang signup la) then paling best, voucher slim world! hamboii hoverrr sangat! mentang2 la dah mengandung lama 9 bulan tu mesti la badan pun tak semenawan erra fazira kan? so dia bagi la ko 2 voucher worth rm200 to go to Slim World tu. Hamik kao...awal2 lagi dah concern, hospital pun suh ko jadi slim. Actually ada lg kot few items dlm gift bag dia tu tp aku dah lupa la..urat banyak sgt putus time deliver tu. hahahahha!!!
Ok lah, ni la voucher slim world tu tp ntah bila aku ni akan pergi sbb baby takde orang nak jaga..huhuhu (nangis dalam hati) dan sesungguhnya aku berjanji, kalu aku pegi dan dipromote suh signup terus ngan dia, jgn harap la mereka akan berjaya. Akan ku tepis semahu-mahunya. Cukup aku puasa nanti mau 5-6kg lagi berat aku turun. Oklah, dah berpianr-pinar mata aku ni, nak tido la..cau cin cauuuu






SAKIT HATI!!!

Dah lama tak berblog, sampai lappy ni pun dah berabuk. Oh, btw, ari ni aku dah 45 ari, dah merdeka pantang..yeehuu! Tp takder apa yg special sgt pun sbb blm habis pantang lg pun dah macam abis dah, yelah duduk sendiri semua kena urus sendiri..dah anak ramai kot..
Hah, back to story tak puas ati nih, eh, sakit ati la..camni kisah dia, Dah dlm pantang ni, nak bergerak mmg susah la sket, hubby keja xkan nak melayan kita je doplohpat jam kan. So akak ni duk diam2 baby tido rajin la window online shopping. Ada la a few things yg aku ni beli. Tp ada satu ni, aku beli blouse jer..dia nyer gambo meletops-letops kat fb tu, aku nengok kawan aku "like" page dia so aku usha la tengok. hmm..ok gak baju2 dia..murah2 lak tu. So aku try la satu baju peplum..maklumla sebelum ni org dok pakai aku tgh pregnant, masa pregnant tu mmg payah la sket aku nak membeli sbb gi kedai pun aku tak minat..maybe penangan anak boy kot. :) Then, pilih nyer pilih, aku beli la satu..murah je, sekali ngan delivery aku rasa dlm rm35 je kot. Masa dok PM dlm fb tu bab2 tanya harga size confirm order tu semua, berdesup la admin dia jwb, so aku ok jer la..dia kata within 5-7days barang akan sampai. ok lagi..tunggu je la..akak ni kan penyabar..tup2 dah ari ke 8 barang tak sampai2. aku call la budak tu, sekali dia jawab barang bukan dgn dia, kawan dia yg kat JB yg orderkan..dia sms kawan dia dari smlm tak reply2 lagi. aku hangin la satu badan. aku tanya balik, dah sms kawan u tak reply tak reti nak call ke? susah sgt ke nak call? u buat biz mcmana ni? kalau macam ni i nak refund la balik. U olls tau dia jwab apa..sorry refund tak dapat. Aku tanya balik apsal tak dapat? bukan salah i, u yg lambat. Then baru dia cakap barang tu dari China, kawan dia order nanti barang akan sampai ari jumaat. Tu dia....ORANG BISNES KO NAK BISNES, TP HAMPEH!! Ok Lh, dah dia cakap gitu, aku fine je..aku tunggu lg..So altogether aku start deal ngan dia 12hb, baju tu baru sampai ari ni 24hb. Tp sblm tu dia ada sms aku tanya kalau nak refund ke nak tunggu baju tu? Aku jawab aku tunggu je la..dah alang2 mmg dah lama pun aku tunggu, takkan sehari dua lg aku takleh tunggu, bkn penting sgt pun. TAAAPIII.......hari ni baju tu dah sampai, lg sakit hati aku! baju tu base calor dia putih, bunga hitam. kat tempat warna putih tu la ada dot dot warna coklat apa tah..then benang kat lengan baju tu berjurai-jurai..hai hangin satu badan. mmg corak je la sama ngan dalam gambo tp kualiti mmg hancuss! aku tau harga murah ko nak expect kualiti yg macam mana kan? tp patutnya aku dah expect from the very beginning, bila servis dia dah out maknanya barang dia pun hancus la. Tp aku rasa kalu dia check dulu baju tu sblm deliver aku tak rasa ada masalah kot. takkan selai tu je baju yg dia order dr China? takkan takleh replace dgn yg lain. Benang tu ko bolehla potong dulu sblm deliver kat aku, at least bg good impression sket sbb dr awal ko mmg dah hancur ngan biz ko. Kalo kat fb tu beratus gambo2 baju yg dia post ari2. kunun biz kencang la tu..tp hampeh. Aku pun apalagi, pm dia balik la kat fb tu dgn komen2 bernas aku ni. Lps ni aku post kat wall dia pulak betapa servis dia is very bad! oh ya, nama company tu, FZ FASHION. Then, td lg best, budak tu cakap kwn dia dr JB akan poskan, tp add pd parcel poslaju tu cuma kat CHERAS je..menipu banyak..dahla kalu aku pm tu lambat je nak jawab..aku tanya pasal baju yg tak antar lg tu, dia cakap nak check, smpai esok lak aku tunggu xder update langsung. So pada sesiapa yg rasa nak membeli ngan diorang ni, aku rasa tak payah la..buang masa korang jer


Ni lah baju yg aku beli tu tp mmg sangat sangat tak memuas kan hati

Tuesday 16 April 2013

Birthday Party NUHA

Ok all, ni birthday party Nuha, bukan anak aku, anak kawan aku Haslina. Nama Nuha jugak. anak aku Maryam Nuha. The party was held dekat Libarary PPAS, Seksyen 13 Shah Alam. Alahh..tepi rumah aku jer tu. Tapi, tepi-tepi pun kitorang sampai lambat. kol 5 lebih baru sampai. Sebabnya en husband keja every Saturday, bila dia balik keja tu nak rilek jap la, tido jap la. aku lak dalam banyak2 benda berani buat time pantang ni, bawak kereta je yg tak berani lg, kereta i manual u...nk tekan2 tu tak berani lagi la kan..karang bentan, nayo omak ehh..So, dah agak ketinggalan la, kek pun dah potong, tak sempat la anak-anak aku nak nyanyi for a birthday girl tu. Apa-apa pun, auntie wish u 
 "HAPPY BIRTHDAY NUHA, MAY GOD BLESS U AND BE THE BEST DAUGHTER TO UR PARENTS" Yang ni omak eh la yang baco..huhu..enjoy jer la gambar-gambar yang sempat diambil hari tu.

Ber3 beradik

Maryam Nuha mmg kat meja je la keja dia kalu ada makanan

Belen makanan yang tinggal time kitorang sampai

Ni jer cheese tart yang tinggal, sedap tp xdapat la makan banyak

Kitorang satu meja ngan fiza ex colleuge kat cgc

NM ngan auntie fiza

cam biasa MN mesti ngan papa

Papa lak, dah dengan MN switch to NM lak

Kaum ibu lak nak enterframe. Nuha and haslina yg kat tengah tu

yang ni tok sah mention la..tetap nak vogue!


Le Lac

Haaiii...ni part yang aku paling suka..makan, makan dan makan. Aku ni bangsa yg susah hati ke, happy ke, sakit nak beranak pun, makan tetap makan..time dalam pantang ni la macam-macam terbayang makanan depan mata pastu mula la pantang tu nak dilanggar-langgarnya..muahahaaaa (kalu mil tau ni mampos den kena marah!)
So entry ni ala-ala promote tis restaurant la jugak sbb makanan dia best. Nama restaurant dia Le Lac kat Shah Alam. Apa maknanya pun tak tau la aku..kot2 nama kapal ke? sbb dlm restaurant tu aku tgk byk tol gambar2 psl kapal2 ni n then maybe owner dia dulu penah keja atas kapal, jd kelasi ke, kapten ke, tak tau la pulak kan...kitorang takde la order banyak sgt cuma burger bakar, mee rebus johor, nasi goreng cina n lamb chop. Semua jenis order kat atas tu idea aku la sbb aku ni kalo boleh semua pun nak so order kan utk anak2 n en husband dpt la aku merasa sikit..hehehh..dasar tamak haloba! Nak tau restaurant dia katner? kat 
okeh, dah enjoy the food, enjoy la plak pics dia yerrr


Lamb Chop
Daging dia liat sangat, aku tak leh la liat2 ni, tp anak aku makan jer..


Burger bakar Abang Burn, nama burger ni Beef Supremo Cheese  with turkey and sausage.
Memang wallah!

Yang lain2 aku tak amek gambo la pulak. Nasi goreng je pun tp sedap..then mee rebus johor dia pun sedap. Tp pedas meletopss! Yang tu aku  tapau je, balik rumah aku ejas2 sket la biar tak pedas sgt, aku kan dlm pantang, mkn pedas2 karang naya lak baby nuh tu. 


Checkup Baby

Entry ni dah lambat da..bz punya psl, so baby yg patutnya umur 1 month dah jadi 37 days. So ni lah citer gi checkup kat klinik hari tu. 
Aku biasa pegi klinik kerajaan je kalau nak checkup baby ke, pregnant ke, sbb bkn apa..aku pun kan keja kerajaan, so sokongla kerajaan anda! hahha. 
Dah tu baby kena la jap bepatitis ke2 smlm, selamba je dia kena cucuk, nangis kejap je sbb terkejut, bkn apa pun. 
Tapi g chekcup baby tu, inagtkan baby je la..rupanya maknyer nak kena checkup jugak uolls..sama macam masa pregnant dulu rutin dia. so terpaksa la bergilir ngan en husband pegang baby boy, pegang baby girl (Nuha). 
Kena lak si Nuha ni jenis berangin giler skrg. tension tol aku. So baby dah 5kg, mama dia? 58kg lg...hmmm bayak lg nak kena turun, dlm 5kg gak la. tp bila dah dekat2 nak habis pantang ni, nafsu makan dah menggila..mcmmana nak turun 5kg lg? ha..ko jawab la sendiri yuza oii...hehheeheh
Meh la layan gambo baby Nuh Miqhail yang dah 37 ari ni


1st day 10.3 2013 NM @ HTAR Klang


NM 1 month





















Ada apa dalam dapur

Hmmm..dah lama jugak tak updata blog ni, kadang banyak benda yg nak diupdate tp masa lak takde. Bila masa ada si baby lak tak tidur, meragam la, tak pun mama dia yang tidur..hehehe sbb baby meragam malam, manalah mama dia ada tidur sangat kann......
So, hari ni rasa cam tenang n lapang sket nak update dgn entry pasal makanan la..walaupun dalam pantang, nak jugak buat macam-macam..teringin dgn test skill sekali. Owhh yer..btw, my bff ada suggest baik la aku nulis blog ni in english..tergelak besau akak dek non oiii...manala akak pandai sgt nak nulih bahasa omputih ni, wat malu kaum jer. My BFF ni suh buat in english sbb dia lak tergelak besau baca entry akak dlm bahasa ibunda kita ni, lintang pukang, hancuss katanya. tp hancus pun hancus la..janji akak yg baca dan menulis ni paham. org lain? ada ke yg baca blog yg masih dlm hari ni? dalam pantang? hahahahah..
So sajer la nak show off sket hasil kerja kat dapur nih sambil terkejar2 ngan baby, jap nak bf, jap menangis lak..jap lg kakak yam punya turn lak, nak makan la, nak mandi la..anyway enjoy the pics mate!


Spaghetti Cheese and Herbs


Puding Trifle D'Perdana
P

Tuesday 9 April 2013

About Me

Haiii

Jom kita berkenalan dulu.
 Nama saya..hahah, asal nak berkenalan tu jerlah ayat nya yer? nak buat camna? saya skema je..nak apakai ayat camna lg??
k lah, saya Syarifah Layuza, dah tua pun tahun ni..baru jer lps dicelebratekan birthday by friends n family 7hb ari tu. dah la tu, time dalam pantang lak tu. apa2 pun, tq uollss sbb ingat lg kat aku ni. aku je yg tak berapa nak ingat birthday sendiri. huuhuu..

   

 Saya ni ibu kepada 5 orang anak. Sbb tu la sajer je letak nama blog ni mummy vogue, sbb org lain sebaya aku ni mugkin anak baru 2 or 3 tp aku dah lama u..tu la penagan kawen muda. umo 20 dah dirembat da by en husband, nama dia Alie.
So until now, dah 14 tahun la kitorang ni kawen. Banyak tol ups and downs dalam hidup kitorang ni, tp alhamdulillah..bertahan sampai arini..



 Ok, anak sulung aku dah form 1 tahun ni. Saykir Arham namanya. sblm baby ni lahir, tu jer la sorang one and only anak lelaki aku. manja pun yer jugak..mengalahkan adik2 pompuan dia yg lain.

   

 anak2 aku ni, jenis diorang kalu tgk kita bz time tu la dia akan datang bercerita bercakap mcm2 ngan kita. pastu org tak layan diaorang marah. dah mak kau ni tgh bz, nak layan camner lg kan..kadang aku tgh mandi pun datang ketuk pintu bilik air nak bgtau mcm2..mcm la aku ni nak tidur kat dlm bilik air tu. then, 4 years later comes another baby girl, Akmal Alyana.


   

 Yang ni anak no 3, lglah kusss semangat mak ni dibuatnya.
 Hobi lain xder, melalak je kejanya. xtau dah nak buat macamna. bercakap salah sikit menagis, tanya sikit, menangis, kakak abang gurau sikit menangis..letih aku! now dah 5 taun.tp makin besar makin kuat lak melalak nya. xtau dah aki nak buat camana. 

 Kemudian 4 tahun lg, there arrive another baby girl in my family. Yang ni nama dia Maryam Nuha, baru je 1 tahun 4 bulan. yg ni pun kuss semangat tp xder la mcm kakak dia td tu. kus semangat yg ni sbb kuat sgt makan, n makan apa sahaja. 
Anak2 aku yg lain semua kurus2, sbb makan memilih then x pemakan sgt tp dpt yg ni, alhamdulillah...termakbul doa aku nak ada sorang anak yg gemuk sikit. so senang la kalau bawak dia ni gi mana2 sbb senang nak bg makan. hahahah

   

 Lps tu, bila si Yam ni umur 6 bulan aku pregnant lg..aduhai..yg ni mmg betul2 xder dlm rancangan..tp dah rezeki, takkan nak buang kan? so 10.3.2013 lahirla seorang lg baby boy dlm rumah aku ni, Nuh Miqhail yg genapla usia dia sebulan ari ni. ptg ni nak pegi jap dia sebulan pulak. karakter? x tau la lg camna kan...

 Ok la..tahts all for now, gambar baby belum lg ada kat sini..later la aku kenalkan dia pulak ekk..

.bubuii..

Ragam Baby



Salam petang Selasa! Chewahh..salam petang bagai..! 
Hari ni quite tiring. 
Baby Miqhail dari dia bagun pagi tadi taknak tidur langsung. 
Asyik merengek jer..nak menyusu, kalu cara biasa2 kat pangkuan tu tahan la jugak, ni dia pulak yg mengajar kita. 
Baby Miqhail nak mamanya baring sekali peluk dia ketat-ketat time menyusu. ini macam kalu, abisla..kerja rumah banyak terbengkalai. 
So, sudahnya start pukul 2 baru boleh tanak nasi, basuh baju, jemur, angkat yg semalam punya, lipat sikit..tu blm lg bab kemas rumah..takpela. allisya balik sekolah nanti dia boleh tlg sapukan. 
Heheh..biasanya mmg dia yg buat pun..maklumla mamanya dlm pantang! 
Eh, masa pregnant ari tu pun gitu gak..hahahah..mmg dasar lazy mother k! tapikan itula cara ajar anak dari kecik, biasanya masa dia sapu tu aku tengo-tengokkan la..ajar2 dia, lama-lama da tau dah nak buat camana. 

Dah petang-petang camni tidur pulak si miqhail ni..mamanya tengah tunggu ni nak mandikan dia...aduhai..nnt malam lak dia meragam taknak tidur. Nanti la aku upload gambar baby Miqhail ni..semua dok dlm phone..nnt blh la berkenalan dgn baby baru i ni ekkk...

ok babai......

Sunday 7 April 2013

Finally..berblogging jua

Assalamualaikum... 
 Permulaan, pembuka bicara biarlah bersopan dan manis didengar..yer tak? so, jadilah hari ni dgn rasminya aku sbg seorang blogger. 
Actually dari dulu terfikir, mampukah? mampu tu maksudnya dari segi masa aku ni la..keja, sama macam org lain jugak, ibu kpd 5 org anak, dan actually tgh dalam pantang pun ni..baru 29 hari..omg, tak sabar nak abis pantang ni.., then study lagi. 
Tp for the time being keja ngan study tu tgh cuti la..duduk rumah lama-lama nak buat apa kan? 3 bulan tu...so, aku try la jugak berblogging ni..dulu baca org punya blog jer, lgpun aku tak kreatif sgt bab2 citer menciter ni..hheheeh. 
So, dgn rasminya inilah post pertama aku pada hari ini...